Ujian Kepantasan 5s,5c Dan S4



Antara smartphones yang paling popular di dunia atau kita lihat dekat sikit di Malaysia cukuplah, sudah tentu iPhone dari Apple dan juga siri Galaxy dari Samsung. iPhone yang terbaru adalah iPhone 5S dan iPhone 5C manakala Galaxy S4 merupakan peranti terbaik dari Samsung setakat ini dengan spec yang cukup hebat.




Ia sebenarnya subjektif untuk mengukur telefon pintar mana yang lebih hebat kerana ianya berbalik kepada penggunanya juga bagaimana anda ingin menjadikan phone tersebut dapat digunakan dengan lebih baik. Apapun satu cara paling mudah untuk mengukur semua ini adalah dengan melakukan ‘Benchmarking’ menggunakan applikasi sedia ada. Apakah hardware (spesifikasi) memainkan peranan penting untuk menjadikan sebuah smartphone itu hebat untuk pengguna atau sebuah OS yang stabil itu lebih penting untuk pengguna? Ianya juga terpulang kepada pandangan masing-masing.

Video di bawah ini adalah video terawal yang menunjukkan perbandingan secara serentak antara iPhone 5S, iPhone 5C dan Galaxy S4. Jika anda tidak kisah untuk gunakan iOS atau Android tetapi inginkan sebuah telefon pintar yang dapat beroperasi dengan baik, laju dan cemerlang, tonton video ini. (Sumber )



0 comments: