2 Lelaki Berpangkat Datuk Seri Ditahan



BALIK PULAU: Polis telah menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, malam Selasa.


Mereka dipercayai membawa abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari Bangkok.

Polis turut merampas dua bagasi yang dipercayai mengandungi abu mayat Chin Peng.

Dua lelaki itu yang dipercayai berusia sekitar 40-an, ditahan kira-kira pukul 10.30 malam.

Pesawat Thai Airways yang dinaiki mereka tiba pada pukul 9.55 malam.Difahamkan, kedua lelaki terbabit termasuk seorang berpangkat Datuk Seri menaiki pesawat Thai Airways dari Bangkok, Thailand ditahan selepas 30 minit mendarat di balai ketibaan, jam 10.30 malam tadi. 


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kedua lelaki terbabit terus ditahan manakala beg mereka dirampas sebelum dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut. 

"Pemeriksaan menemui 11 cebderahati, lapan DVD dan gambar mendiang Chin Peng dan 13 buku berkaitan komunis. 

"Kedua-dua suspek berusia 66 dan 59 tahun dipercayai membawa cenderahati yang mungkin digunakan untuk keguanaan sendiri atai edaran manakala dokumen berupa buku menggunakan bahasa malaysia dan CIna. 


"Suspek kini itahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan pindaan 2012," katanya.

0 comments: