Berita terkini dihujung jari anda

Showing posts with label Jenayah. Show all posts

@PDRMsia Arah Siasat Akaun Twitter Isu #MH370

Ketua polis negara melalui akaun twitternya mengarahkan Pdrm menyiasat satu akaun Twitter yang membuat komentator  bahawa kehilangan pesawat MH370 itu adalah konspirasi. Akaun Fazel@ollie_mollie itu membuat komen berkenaan selepas Perdana Menteri memuat naik status terkini kehilangan pesawat MH370 itu.


Berikut ialah Print Screen arahan Ketua Polis negara dan akaun yang dimaksudkan :- 

 
Selanjutnya.. »

Freddie Joseph Berjaya Ditemui

KUALA LUMPUR: Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada Jumaat, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari Sabtu.

Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan.
Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.
Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.
Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.
Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.



Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Bernama difahamkan ibu kanak-kanak itu Sarah Joseph dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi turut mengesahkan Freddie berada dalam keadaan selamat ketika ditemui.
Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Selanjutnya.. »

Perogol Bersiri Tumpas Di Perak

BATU GAJAH - Selepas 17 hari aktif mencari gadis bawah umur untuk dijadikan ‘santapan’, seorang perogol akhirnya tumpas apabila diberkas polis di rumah keluarganya di Taman Batu Gajah, di sini, petang kelmarin.

Bekas mekanik berusia 27 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan jijiknya itu di antara 11 sehingga 28 September lalu dengan menjadikan Jalan Kubur Mandailing, di sini, tempat melampiaskan nafsu.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas jawatankuasa bertindak yang menjalankan siasatan terperinci dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Batu Gajah dan JSJ Kampar, penjenayah terbabit berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa pertama lelaki terbabit ialah pekerja kedai kasut berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mewah Indah, di sini.

Menurutnya, mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayar sebelum didatangi suspek yang mendakwa seorang mekanik serta mempelawa mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna merah untuk ke bengkel.

“Mangsa mengikut suspek yang mengajaknya menemaninya lelaki itu ke bengkel di Taman Tasek Batu Gajah bagi mengambil tayar ganti memandangkan tayar sedia ada pecah.

“Setibanya di Jambatan Sungai Kinta, Jalan Gopeng suspek terus memesongkan laluannya ke Jalan Kubur Mandailing dan mangsa yang ketakutan melompat dari motosikal dan melarikan diri serta segera membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata,  kejadian kedua berlaku pada waktu pagi membabitkan seorang mangsa berusia 13 tahun yang tinggal di Taman Desa Pinji, Lahat.

“Difahamkan semasa cuba dirogol, mangsa memberitahu suspek bahawa dia sedang datang bulan.


“Kemudian, suspek mengarahkan mangsa pusing ke belakang sebelum meliwat mangsa,” katanya yang memberitahu kes tersebut berlaku di Kota Bharu, Gopeng pada 21 September lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama seorang rakan lelaki menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal itu ketika mereka tiba berhampiran sebuah kilang di kawasan perumahan tersebut.

“Suspek kemudian memberitahu mangsa serta rakannya dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

“Selepas itu, suspek memberitahu jika tidak mahu masuk lokap mangsa perlu ke Balai Polis Simpang Pulai dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke hutan Jalan Mandailing di sini dan diperkosa. Selepas itu mangsa dihantar ke perhentian bas Kampung Tersusun Seri Rahmat, di sini,” katanya.

Beliau berkata,  mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak berkemungkinan suspek mengamalkan ilmu hitam dan mencari anak dara untuk dikorbankan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau malah ujian air kencingnya juga didapati negatif.

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya gadis yang masih bersekolah supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana orang tidak dikenali yang menawarkan bantuan.

"Sebaliknya pelajar perlu menghubungi keluarga untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes-kes berkenaan. Sinar 
Selanjutnya.. »

Perang dunia ke-3 bakal meletus di Asia Barat

Beberapa mangsa serangan gas sarin di Ghouta, Syria pada 21 Ogos lalu.

SITUASI di Asia Barat kini kian tegang apabila Amerika Syarikat (AS) kelihatan semakin hampir untuk melancarkan serangan ke atas Syria yang kini dilanda peperangan saudara sejak tahun 2011.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Negara AS mengarahkan kakitangan-kakitangan tidak penting di kedutaan negara itu di Beirut, Lebanon dan di Pejabat Konsulat AS di Adana, Turki supaya berpindah.

Harga minyak turut naik kepada AS$110 (RM365.99) setong pada hari yang sama selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan negaranya akan membantu Syria jika AS melakukan serangan.

Rusia mempunyai hubungan akrab dengan Syria sejak tahun 1950-an lagi.

Syria juga kelihatan sudah bersedia untuk berdepan dengan serangan AS.

Persediaan itu digambarkan menerusi kenyataan timbalan menteri luar negara itu, Faisal Muqdad yang membuat kenyataan pada 5 September lalu bahawa negaranya akan menyerang balas sebarang serangan dari negara asing.

Menurut Majlis Perikatan Kebangsaan Syria yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, sejumlah roket pelancar, artileri dan senjata berat milik tentera telah dipindahkan ke dalam kawasan kediaman di bandar-bandar seluruh negara pada minggu lalu.

Menurut laporan Press TV semalam, Tentera Laut Rusia telah menghantar empat buah lagi kapal perang ke timur Mediterranean.

Beberapa media Barat melaporkan rancangan serangan yang mahu dilancarkan oleh Presiden AS, Barack Obama itu turut menyebabkan sejumlah orang percaya bahawa kiamat semakin hampir.

Kepercayaan itu adalah berdasarkan Damsyik, ibu kota Syria bakal mengalami kehancuran akibat serangan itu.

Percaturan taktikal tentera AS juga dibincangkan dengan panjang lebar di internet dan akhbar-akhbar Barat.

Pada Jumaat lalu, akhbar The Guardian melaporkan peluru-peluru berpandu AS tidak akan menyasarkan askar-askar Bashar.

Sebaliknya, peluru berpandu AS itu akan menyasarkan lapangan terbang, bangunan-bangunan yang dijadikan pusat pemerintah tentera dan kedudukan artileri di kawasan berbukit.

Sasaran serangan itu bertujuan untuk melemahkan kekuatan tentera Syria supaya ia tidak lagi menggunakan senjata kimia pada masa depan.

Ramalan itu sesuai dengan kenyataan Setiausaha Negara AS, John Kerry yang meyakinkan Jawatankuasa Hubungan Luar Dewan Senat pada Selasa lalu bahawa Obama tidak berniat untuk menghantar askar-askar negaranya ke Syria untuk bertempur dengan rejim Bashar.

Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat, USS Nimitz yang dipercayai akan digunakan sebagai pangkalan untuk menyerang Syria.

Menurut laporan akhbar The Guardian lagi, seorang askar Syria menyatakan, tentera AS mungkin membedil kawasan pergunungan tetapi askar-askar Syria dan peralatan penting peperangan telah ditempatkan di dalam sebuah kawasan pergunungan yang gagal ditembusi peluru berpandu.

Menurut akhbar Daily Mail pada 29 Ogos lalu, tentera Syria dilaporkan mempunyai 8,000 pengebom berani mati yang sanggup mengorbankan diri untuk menjatuhkan jet-jet pejuang negara asing.

Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Israel yang berjumlah lima juta orang dilaporkan telah menyimpan topeng gas bagi menghadapi serangan balas tentera Syria.

Alasan yang dikemukakan oleh Obama untuk menyerang Syria adalah bagi menghukum rejim Bashar yang didakwa telah melancarkan serangan gas sarin pada bulan lalu sehingga terdapat laporan lebih 1,400 orang terbunuh termasuk kanak-kanak.

Bashar menafikan mengarahkan serangan itu tetapi media Barat melaporkan sebelum ini persediaan serangan gas tersebut sudah diketahui lebih awal oleh pihak perisikan AS.

Ketika ini serangan ke atas Syria telah ditangguhkan Obama bagi menunggu persetujuan daripada Kongres AS.

Jika serangan itu dilancarkan, kumpulan Hezbollah dan Iran akan turut membantu rejim Bashar manakala para penentang Presiden Syria tersebut akan mendapat bantuan AS untuk menggulingkannya seperti yang diidamkan kumpulan anti-Bashar sejak tahun 2011 lagi.

Selanjutnya.. »

Polis Dedahkan Hasil Rampasan Senjata Api Di Damansara Damai


Kuala Lumpur, 07 September 2013 - OPS CANTAS – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak atas satu maklumat kes pistol di sekitar kawasan restoran Happy City Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur. Hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan, pasukan PDRM telah berjaya mengesan sebuah kereta jenis Toyota Prius berwarna merah bernombor pendaftaran WWV 189 yang diletakkan hadapan restoran tersebut.

Semasa pemerhatian dibuat suspek lelaki yang berbangsa Cina itu sedang berdiri diluar kenderaan tersebut manakala seorang lagi berada didalam kereta. Pasukan PDRM telah berjaya menangkap kedua-dua lelaki Cina tersebut.

Susulan daripada tangkapan pertama, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah daripada IPD Sentul telah mengambil keterangan suspek dan mendapatkan beberapa maklumat. Hasil daripada maklumat tersebut telah membawa pasukan PDRM ke sebuah pangsapuri di Damansara Damai di mana tempat tinggal   rakan suspek menyewa. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa senjata api ditemui dan telah dirampas kesemuanya. 




 

Tahniah kepada pasukan PDRM di atas kejayaan terbabit.
 


Selanjutnya.. »