2015 :- Jerebu Bagi Politik malaysia

2015:SELAMAT TINGGAL TAHUN JEREBU POLITIK

Setiap kali sampai di penghujung tahun tentunya kita menoleh kebelakang untuk merumuskan pengalaman atau peristiwa yg kita lalui untuk tempuh 12 bulan. Kita juga mengambil iktibar dan semakin bertambah usia atau bertambah matang  dalam melakar harapan untuk kita lalui pada tahun 2016.Lazimnya bila menanti ketibaan tahun baru aspirasi baru mula di ukir,tak kurang juga usaha untuk melakukan sesuatu yg lebih hebat dari tahun sebelumnya.

2015: JEREBU

Tahun 2015 adalah tahun jerebu .Jerebu ini adalah suasana muram dan  kelabu asap.Dari sudut kesihatan ia merbahaya pada kesihatan khusus pada warga mas dan kanak kanak . Ia berlaku kerana perbuatan manusia.Malaysia mengalami jerebu yg berpanjangan sehingga sekolah perlu di tutup dan rakyat mula pakai topeng. Hampir 3 bulan jerebu melanda dan beri kesan pada industri pelancongan.Dalam kekalutan jerebu ini jugalah ramai yg serabut bila GST di kuatkuasakan. Ini juga perbuatan manusia. Kos mula meningkat dan ramai yg mula bising kerana perut mereka merintih. Kata pujangga ekonomi, "kena ikat perut". Suasana ini mungkin berlarutan bila harga minyak rendah dan nilai mata wang susut.

JEREBU POLITIK

Jerebu ini juga perbuatan manusia. Parti BN dan kumpulan PAKATAN mengalami kemelut dalaman parti. Hasil nya untuk UMNO,tokoh senior seperti tan sri muhyuddin dan dato seri shafie afdal di gugurkan dari barisan kabinet.Bagitu juga lah MIC yg melihatkan tampil nya PRESIDEN yg baru.Bagi UMNO sudah ujud kumpulan serpihan yg bersemangat buat gerakan untuk minta najib undur.

JEREBU PAKATAN

Yang paling menggemparkan ialah parti pembangkang yg lama yaitu PAS menerima tamparan hebat dari rakan kongsinya. RAKAN KONGSI yg paling benci pada PAS ialah parti chauvinis DAP. PAS kena lempang dan kena terajang. Lempang nya ialah bila pemimpin muda ikon pro liberalisme yg di ketuai oleh Mat Sabu ujud parti baru PARTI AMANAH yg di kenali sebagai PAN. Perlu di cacatkan bahwa PAN bukan yg pertama keluar dari rahim PAS. Dia anak ketiga.pertama ialah BERJASA dan kedua ialah HAMIM. Mereka lahir dan mati pada tahun 80an.Masih belum di ketahui jangkahayat PAN ini. Terajang pula datang nya dari DAP.DAP yg terajang PAS dari PAKATAN RAKYAT dan LimKitSiang adalah orang yg awal umumkan PR dah mati dan yg lahir ialah PH. DAP terajang PAS sebab PAS tidak ada selera hendak tidur sama DAP tapi di selangor PAS masih berdakap dengan PKR. Ini yg buat DAP makin bengang.

PKR pun kusut bila anwar di penjarakan. Azmin dan kumpulan Kak Wan tidak menyayikan lagu yg sama. Nurul meroyan kerana masalah peribadi dan mula mengemis sokongan dari pemimpin SULU. Adik nurul pula jatuh dan masuk icu, anwar pula di beritakan sakit sakit didalam penjara.Kak Wan  sudah lelah untuk menjadi nakhoda PKR dan menjaga cucu d rumah dan juga menjaga dua kawasan pilihanraya.Azmin pula kusut tentang perlantikan ahli majlis perbandaran di selangor. Tersilap langkah PKR juga bakal berkubu. Dulu ramai yg memuji PKR kerna kehebatan anwar godam BN dan ketelusan  Khalid Ibrahim.Kini masyarakat cina lihat  PKR sepi kerana ketiadaan anwar dan khalid. Azmin bukan pilihan orang cina, bukan pilihan PKR dan bukan pilihan DAP. Azmin di pilih sultan bila PKR dan PAS menjadi kecoh dalam pilihan siapa MB. Itu sebab nya bila Azmin tahu yg menyokong nya ialah PAS , dia masih kekalkan PR dan masih berdakap dengan PAS. Amat tidak hairan jika PAS umumkan untuk bergabung sama UMNO, azmin akan tergesa gesa akan pimpin PKR bergabong dengan PAS dan UMNO demi survival PKR.Setakat ini PKR adalah SDN BHD. Ini adalah common knowledge. Jadi waktu azmin berkuasa sebagai MB dan punya wang 5B dan pandai berbelanja boros, elok dia guna kedudukan nya untuk meneruskan kuasa nya. Lagi pun dia muda berbanding dengan anwar dan kak wan

Bila karpal mati secara mengejut kerana kemalangan anak nya gobind walau pun popular sudah mula di sekat oleh LIM DYNASTY. Dalam beberapa pilihan parti 2015, spt di selangor dan penang ternyata tokong LGE mula bermain catur untuk kekalkan kuasa nya kerana LKS sudah tua dan sakit mata.Orang cina juga mula risau kerana jika LKS mati mereka tahu LGE adalah rakus dan pandai temberang. Di penang LGE berjaya menutup pimpinan DAP yg melawan nya dalam hal alam sekitar. Dia godam 5 pimpinan PKR yg tidak seirama dengan nya dan dia lah yg buatkan wakil rakyat wanita PKR mencacatkan rekod politik kerana berhujah sambil menagis dalam dewan undangan negeri.Dia nangis kerana rakyat di penanti di seksa oleh regim DAP.Tidak cukup dengan itu, LGE mula guna kuasa nya untuk bertindak liar mengancam nelayan melayu daripada cari makan melalui projek tambak laut.Dia pun mahu boros dengan belanja mengecat laluan basikal yg kos nya amat tinggi. PENANG dan SELANGOR mula berbelanja sendirian dan membiarkan KELANTAN terus miskin tanpa bantuan. Jika kelantan mahu senang adalah bijak untuk kelantan berbaik dengan FEDERAL.Itulah pilihan PAS dan KELANTAN.Ringkas nya slogan CAT di penang tercemar dan yg masih ada ialah RAW-KET.

2016
Tiada siapa yg boleh kepastian apa bakal berlaku tapi ramai yg boleh ramal kerana ianya buatan manusia. PAS akan buat ketetapan awal untuk survival nya dari segi kewangan dan kuasa politik. Najib semakin kuat dari aspek kekuatan parti. DAP dan pakatan harapan semakin kalot dan tidak berfokus. Yang akan terus merintih ialah rakyat yang menyokong parti yg bertanding dalam pilihanraya lepas. Memadailah kita cakap tahun 2016 harga satu potong betik d jual tepi jalan dekat chow kit road dari 1.20 sen tahun 2015 tetap naik kepada 1.50 sen pada 2016. Kita doakan yg terbaik dari ilahi dan menaruh harapan kepada yg masih berkuasa untuk lakukan sesuatu yg tidak melampau kepada rakyat.

0 comments: