Bayi Dalam Tin Biskut


SUNGAI PETANI - Penghuni sebuah pusat bimbingan agama dekat Sungai Petani di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah tin biskut semalam. Mayat bayi yang dipercayai telah dilahirkan lebih 24 jam itu ditemui kira-kira pukul 11 pagi oleh pengurusan pusat itu yang melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan tangki air pusat bimbingan berkenaan.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, beberapa penghuni lain sudah lama mengesyaki salah seorang daripada penghu­ni tersebut sedang mengandung. "Sebelum ini, kami memang mengesyaki dia (suspek) sedang mengandung namun sering dinafikan olehnya. 
"Bagaimanapun, semalam suspek kelihatan tidak berma- ya sebelum akhirnya mengaku telah melahirkan seorang bayi di pusat ini dan disembunyikan di kawasan tangki air," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya lagi, beberapa penghuni kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepa- da pihak pengurusan sebelum pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemui mayat se­orang bayi lelaki dalam keadaan berbungkus di dalam sebuah tin biskut. "Ekoran penemuan itu, pihak pengurusan telah menghubungi polis," ujarnya.

Difahamkan, suspek telah di- hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani kira-kira pukul 12.50 tengah hari untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadi­an itu. "Mayat bayi lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik HSAH un­tuk dibedah siasat. Siasatan lanjut sedang dilakukan ke atas suspek," ujarnya.  Kosmo

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete