Bayi Dalam Tin Biskut
SUNGAI
PETANI - Penghuni sebuah pusat bimbingan agama dekat Sungai Petani di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah tin biskut semalam.
Mayat bayi yang dipercayai telah dilahirkan lebih 24 jam itu ditemui kira-kira
pukul 11 pagi oleh pengurusan pusat itu yang melakukan pemeriksaan di sekitar
kawasan tangki air pusat bimbingan berkenaan.
Seorang
penghuni yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, beberapa penghuni
lain sudah lama mengesyaki salah seorang daripada penghuni tersebut sedang
mengandung. "Sebelum ini, kami memang mengesyaki dia (suspek) sedang
mengandung namun sering dinafikan olehnya.
"Bagaimanapun, semalam suspek
kelihatan tidak berma- ya sebelum akhirnya mengaku telah melahirkan seorang
bayi di pusat ini dan disembunyikan di kawasan tangki air," katanya ketika
ditemui di sini semalam.
Tambahnya
lagi, beberapa penghuni kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepa- da
pihak pengurusan sebelum pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemui mayat seorang
bayi lelaki dalam keadaan berbungkus di dalam sebuah tin biskut. "Ekoran
penemuan itu, pihak pengurusan telah menghubungi polis," ujarnya.
Difahamkan,
suspek telah di- hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani
kira-kira pukul 12.50 tengah hari untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Polis
Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi
mengesahkan mengenai kejadian itu. "Mayat bayi lelaki itu dibawa ke
Jabatan Forensik HSAH untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut sedang dilakukan
ke atas suspek," ujarnya. Kosmo
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete