Jadikan Kes Sydney Sebagai Pengajaran - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar menyifatkan insiden tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata
di tengah Sydney hari ini perlu dijadikan pengajaran buat rakyat negara
ini.
sementara itu wisma putra belum mengesahkan pembabitan rakyat Malaysia yang berkemumngkinan dijadikan tebusan di dalam kes serangan pagi tadi Menurut Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung serangan terbabit.
“Setakat ini kami tidak boleh memberikan apa-apa maklumat kerana siasatan masih berjalan.
“Pegawai kami di sana masih cuba menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sebarang maklumat rasmi,” katanya lapor Sinar Harian Online hari ini.
Bercakap kepada media selepas perasmian
Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden 2014 di Maktab PDRM, Cheras,
Khalid juga berkata sebagai persediaan berdepan ancaman seperti itu,
polis perlu dilengkapi dengan aset berteknologi tinggi.
“Kita perlukan alat berteknologi tinggi
untuk menghadapi ancaman militan, khususnya rakyat kita (dipercayai
militan) yang berjuang di luar negara, kemudian balik dan menimbulkan
ancaman kepada negara.
“Jadi apa yang berlaku di Sydney itu
perlu dijadikan pengajaran. Kita perlu lebih bersedia menghadapi ancaman
seperti ini,” katanya.
Hadir sama pada sidang media itu,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Dalam kejadian di tengah Sydney itu,
beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe
dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap.
Justeru itu, beliau menjelaskan langkah
kerajaan memperkenalkan satu undang-undang berkaitan anti keganasan yang
mula dibentang di Dewan Rakyat Mac depan, disifatkan satu langkah baik
ke arah membebaskan negara daripada ancaman militan.
Dalam pada itu, Zahid pula menegaskan
pihaknya sama sekali tidak berkompromi dan mahu individu sama ada rakyat
Malaysia dipercayai menjadi anggota militan dan terbabit dalam siri
serangan di dalam mahupun luar negara di bawa kemuka keadilan.

0 comments: