Benarkah Ini Train Monorel Yang Baru

Siapa tidak ingat dengan peristiwa tersangkutnya penumpang monorel akibat masalah teknikal  yang dihadapi oleh Koc atau Train  Monorel yang dimiliki oleh syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang turut  mengendalikan beberapa kemudahan pengangkutan awam di ibukota dan bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia.

Antara kejadian yang cemas pernah  terjadi  ialah di  mana Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields pada bulan ogos 2012 yang lalu.

"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," pada kejadian itu pihak bomba
telah menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan,"

Namun itu sejarah bagi pengguna-pengguna Monorail yang menghubungkan Laluan Kl Sentral ke Titiwangsa itu dan kini ianya bakal berwajah baru dengan penuh gaya penarik agar pengguna tidak lagi bosan ketika menggunakan  kenderaan pengangkut awam itu.

Antara  Ciri-ciri yang terdapat di dalam Monorel baharu.

- 4 koc yang lebih luas dan selesa. Sebelum ini 2 koc sahaja.
- Boleh memuatkan 430 penumpang pada waktu puncak.
- Setiap koc baru lebih ringan (2 tan) berbanding koc terdahulu
- Tingkap sisi tren boleh dibuka untuk pengudaraan jika kecemasan.
- Paparan skrin maklumat perjalanan dan stesen berikutnya.
- Ruang yang lebih luas & selesa.
- Butang komunikasi untuk bercakap / memberi maklum balas dengan pemandu.
- Paparan televisyen lcd di setiap koc.
- Menggunakan sistem run flat tayar jika tayar ketiadaan angin.
- Pintu keselamatan platform.
- Kamera litar tertutup (CCTV).
- Pengesan asap (smoke detector).
- Ruang kerusi roda beserta tali pinggang keselamatan
- Ruang duduk untuk pengguna kurang upaya (OKU).


dan kita saksikan pula rupa koc ini




Unutk Melihat lebih banyak gambar dan info mengenai Train Monorel ini sila klik di sini kerana admin petik dari portal ini

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete