Malaysia Kekal Antara 20 Negara Paling Berdaya Saing



Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 (WCY) yang diterbitkan oleh pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

Bagaimanapun kedudukan Malaysia turun lima kedudukan ke tempat ke-19 daripada tempat ke-14 pada tahun lepas disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi, dolar yang kukuh dan penyusutan lembaran imbangan dalam sektor awam dan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.

Ranking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 tahun lepas.

Senarai 20 negara teratas itu ialah:

1) Hong Kong (100.00)

2) Switzerland (98.02)

3) USA (97.88)

4) Singapura (97.65)

5) Sweden (92.35)

6) Denmark (91.76)

7) Ireland (91.54)

8) Netherlands (91.32)

9) Norway (90.05)

10)Kanada (90.05)

11)Luxembourg (90.02)

12)Jerman (88.57)

13)Qatar (86.72)

14)Taiwan (86.37)

15)UAE (86.07)

16)New Zealand (85.61)

17)Australia (84.27)

18)United Kingdom (83.34)

19)Malaysia (83.05)

20)Finland (82.04)


Mustapa berkata Malaysia mendahului Finland (tempat ke-20), Israel (ke-21), Belgium (ke-22), Iceland (ke-23), Austria (ke-24), tanah besar China (ke-25), Jepun (ke-26), Republik Czech (ke-27), Thailand (ke-28) dan Korea Selatan (ke-29).

Dalam ringkasannya, WCY menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam kalangan 31 negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita kurang daripada US$20,000, mengekalkan kedudukan pertamanya selama tiga tahun berturut-turut.

"Dalam kalangan 28 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, Malaysia berada di kedudukan ketujuh. Dalam Asean, Malaysia kekal di kedudukan kedua dan di kedudukan keenam dalam kalangan 14 negara di rantau Asia Pasifik," kata menteri itu.

Beliau berkata berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia perlu meningkatkan usaha.

Mustapa berkata ranking berkenaan jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi semasa bukan bermakna jaminan daya saing di masa depan, dan corak yang sama yang dapat dilihat dalam kalangan semua negara dalam 20 ekonomi terbaik iaitu peraturan mesra perniagaan serta infrastruktur fizikal.

Malaysia pada kedudukan ke-14 dalam Kecekapan Perniagaan dan antara 10 terbaik dalam Pasaran Tenaga Kerja pada tempat keenam (2015:keempat) dan amalan Pengurusan pada kedudukan kesembilan (2015:keenam), manakala meningkat tiga kedudukan dalam Produktiviti dan Kecekapan ke tempat ke-21 (2015:ke-24).

Kedudukan negara susut dalam Kewangan dan Sikap dan Nilai, masing-masing  sebanyak lima dan tiga kedudukan, kepada kedudukan ke-20 dan ke-11.

Mustapa berkata, pertumbuhan ekonomi yang kukuh penting untuk memastikan Malaysia mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

"Dalam konteks ini, inisiatif kita di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan teruskan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Strategi pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan produktiviti sebagai pengubah untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

"Kita juga memberi tumpuan kepada usaha mengubah industri pembuatan  selaras dengan perubahan pesat hasil daripada apa yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai 'Revolusi Perindustrian Keempat'," katanya.

WCY 2016 berdasarkan kepada analisis lebih daripada 340 kriteria yang diperoleh daripada empat faktor: Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur.

Malaysia turun lima anak tangga dalam Prestasi Ekonomi ke tempat ke-11 daripada tempat keenam pada 2015.
Penurunan dalam sub-faktor Ekonomi Dalam Negeri kepada ke-22 (2015: ke-15), Perdagangan Antarabangsa kepada ke-21 (2015: ke-11) dan Pelaburan Antarabangsa kepada ke-16 (2015: kelapan) menyumbang kepada penurunan keseluruhan faktor Prestasi Ekonomi, manakala negara mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam dua sub-faktor iaitu Pekerjaan di tempat kesembilan (2015: ketujuh) dan Harga di kedudukan ketujuh (2015: ketiga).

1 comment:

  1. Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

    ReplyDelete