#SAVEMalaysia atau Selamatkan Tengkuk Sendiri ?

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hadir ke Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, kira-kira 1.55 petang tadi. Ketibaan bekas Presiden UMNO itu bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut sorakan pengunjung serta diselangi laungan 'reformasi'.

Turut kelihatan bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula tiba sekitar pukul 2.30 petang.

Rata-rata pemimpin yang menyampaikan ucapan telah menyentuh perkara-perkara seperti penyalahgunaan kuasa, sistem kehakiman, dana politik, hak rakyat, pemulihan ekonomi, dan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.

Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan bersemangat, termasuk Tun Mahathir Mohamad yang antara lain merumuskan tentang harapan dan masa depan rakyat negara ini.

 Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang tersebut berakhir pada jam 6.45 petang.

antara gambar-gambar yang sempat lensa kami rakamkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*program yang menghimpunkan nama-nama hebat, tetapi hanyalah sekadar program politik dan tiada cita-cita dan impian besar sekadar mahukan Kepimpinan Najib Razak diturunkan. Maaflah apabila banyak perkataan dedak, makian, dan mengutuk kpimpinan negara yang bagi admin sekadar kutukan yang tidak membina.

admin pulang awal petang tadi kerana kecewa apabila pemimpin yang admin pertahankan dulu kini bersama mereka yang mahu kerajaan ini bertukar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1 comment:

  1. Biarkan siluncai terjun dgn labu nya...I go for NAJIB

    ReplyDelete