Gambar Monorail Terbakar

30/03/15 0930hrs KL ~ Kebakaran di Stesen Monorail Jalan Pekeliling mengakibat laluan sesak.Bomba telah menutup laluan dari PWTC menghala Jalan Tun Razak,sila gunakan laluan alternatif.

Mesej yang diterima pagi ini, nantikan maklumat lanjut mengenainya. Semoga semua penumpang selamat


#update- menurut maklumat yang diterima sebentar tadi,  Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa. 

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.52 pagi mengenai kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, semua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

0 comments: