Asas Kenaikan Tambang dan Fungsi SPAD
Sejarah SPAD
Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Akta Pengangkutan Awam
Darat sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru
ini. Maka pada 1 Jun 2010 ini, dengan rasminya Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat atau SPAD diwujudkan menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) yang sekian lama berfungsi mewujudkan usahawan
bumiputera dalam bidang pengangkutan dengan pemberian pelbagai jenis
lesen pengangkutan awam dan lori.
Ulasan
Maka sedikit juga orang yang tahu bahawa dengan operasi demi
operasi dan beratus ratus teksi di angkut termask dengan kaedah baru SPAD
menggunakan treler ini telah menjadi data in-put oleh SPAD dalam mengkaji “the
why and the what” berkenaan pemandu dan cara hidup mereka dan kenapa mereka
tidak suka guna meter tambang.
Selain itu serangan pelbagai pihak kepada SPAD oleh mereka
yang mahu popular dengan membela pemandu teksi dan syarikat teksi kerana konon nya SPAD tidak peka dan buta
perut tidak mahu menaikan kadar tambang.
Bagi yang sedikit bermaklumat pula mereka menjurus kepada
harga petrol sahaja sebagai sandaran debat.
Mereka terlupa kos kos lain, hidden kos, tunggu lama lama
dapat sedikit, sudah dapat tersekat sekat dalam jem jalan raya.
Bagi yang nak jadi hero fly by night, seronok hentam SPAD
konon tidak peka kepada industri teksi dan rakyat. Rakyat di iktiraf sebagai
pengguna sahaja, pemandu teksi bukan rakyat.
Itu sebelah sini,
sebelah sana pula , kata SPAD tidak buat kerja, duduk diam, sedang teksi
lenjan wang rakyat. Ulasan Dari The Chulan
Ulasan Admin
Biarlah ada situasi menang-menang diantara Pihak Pelaksanan dan pengguna dan pemandu Teksi, Bas dan kenderaan darat yang lain.
semalam rata-rata teksi yang ditanya mengenai isu ini mereka sudahpun menggunakan kadar baharu seperti yang telah diumumkan oleh Spad kerana mereka sudah pun menaik taraf meter mereka ( walau pengumuman tidak sampai 48 jam ) dan caj yang dikenakan kepada mereka untuk pengubahsuaian meter sekitar Rm150.00 dan siapa pula yang akan menanggung kos berkenaan andai mereka kekal menggunakan tambang lama.
memang wajar rakyat juga membantah termasuk arahan dari timbalan Perdana Menteri agar kadar kenaikan tersebut ditangguhkan semula. Kita sedia maklum bahawa semain hari kos kehidupan memang meningkat ( Jangan kata gstlah, umno lah bn lah, PKR lah ) jadi rasanya mungkin ada mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu ini.
admin yakin dengan kemampuan agensi di dalam kerajaan dan para pelaksana dasar untuk mengatasi perkara ini. apa pula pandangan para pembaca?
0 comments: