Tahniah Spad, Staf Bertugas Walau Dinihari
Seorang pengguna perkhidmatan sebuah bas express semalam gusar dengan kelewatan suaminya yang sepatutnya tiba sekitar jam 12 malam. Namun sehingga jam 2 pagi bas berkenaan masih belum sampai ke destinasinya iaitu di perhentian Seksyen 13 Shah Alam.
Apa yang lebih merungsingkan ialah suaminya juga gagal dihubungi untuk mendapatkan makluman andai berlaku kelewatan dan dia juga tidak tahu bas apakah yang dinaiki suaminya.
Saudari Lin Zin mula berikhtiar untuk mendapatkan maklumat lalu menulis di sebuah 'group' komuniti facebook iaitu 'group' komuniti Shah Alam untuk berkongsi info dan bantuan.
Menerusi maklumat yang diberikan oleh ahli group berkenaan, langkah yang terbaik adalah menghubungi talian hotline SPAD yang beroperasi 24 jam itu di talian 1800 88 7723. Dan alhamdulillah, ianya mendapat respon dan tahniah kepada call centre SPAD yang melayan panggilan pengguna berkenaan.
Dan berita terkini, alhamdulillah suami Lin Zin itu selamat tiba ke destinasinya iaitu Seksyen 13 Shah Alam.
Print Screen perbualan berkenaan.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete