Video peragut kena belasah hanya rekaan sahaja?
Baru-baru ini kecoh dengan sebuah video yang menayangkan aksi seorang wanita membelasah seorang peragut yang cuba merampas beg tangan wanita itu.
Aksi itu dirakam oleh kamera tertutup yang dipasang di kediaman wanita tersebut.
Namun, video yang menjadi 'viral' baru-baru ini dikatakan adalah video lakonan semata-mata.
Melihat kepada komen-komen dalam laman media sosial, ada di antaranya mempersoalkan aksi peragut yang tidak begitu agresif berbanding realiti. Aksi itu seperti dibuat-buat dan lakonan sahaja.
Namun ada yang turut memuji oleh sebahagian besar para komentar terhadap kehebatan wanita itu kononnya berani dan mampu menewaskan peragut malang itu.
Walaubagaimanapun, belum ada kesihahan tentang kebenaran atau kepalsuan berkenaan video itu.
Yang pasti, jika video itu benar-benar berlaku. Penulis kagum dan tabik 'spring' kepada wanita itu.
0 comments: