Selamat datang 'Mr Legend'


Baru-baru ini saya menghadiri sidang media pengenalan jurulatih baru Selangor di salah sebuah hotel terkemuka di ibunegara.

Kehadiran tampak memberangsangkan, satu petanda awal akan kemahuan jitu dikalangan para penyokong Red Giants, para pegawai FAS dan pihak bakal penaja pasukan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad selaku Timbalan Presiden FAS. Ucapan Datuk Abd.Mokhtar dalam suasana tenang tetapi bersulam kata-kata semangat menyegarkan suasana sidang media.Antara kunci kata-kata beliau, agar Merah Kuning melakarkan kejayaan cemerlang terutama penantian meleraikan misi 33 pasukan Selangor.

Mehmet Durakovic,48 tahun, tampak senyum sepanjang majlis. Dalam ucapan pertamanya beliau menyatakan kegembiraannya dapat kembali ke bumi yang dianggap rumah keduanya selain Australia.

Mehmet juga terharu dengan ingatan dan kepercayaan yang diberikan oleh FAS untuk dia berkhidmat bersama FAS.

Mehmet Durakovic adalah kapten Selangor yang menjulang Piala Malaysia secara hatrick di era 90an.

Ketika berjabat tangan dengan Mehmet sebelum meninggalkan majlis, detik hati ini seakan berkata bahawa jurulatih ini bukan sembarangan.

Penulis adalah Shaukei Kahar - seorang pengulas sukan ternama tanah air dan memiliki pengalaman luas dalam bidang penyiaran sukan di Malaysia.

0 comments: