Krisis Amerika Serang Syria, Pasaran Saham Malaysia Menjunam Teruk 1.72%!



Indeks penanda aras pasaran saham FTSE Bursa Malaysia KLCI Malaysia menjunam pada tempoh perdagangan awal.

Ini adalah kerana berlakunya Penjualan panik. Kebimbangan dan keresahan pelabur saham yang mula “berpeluh” melihatkan kemungkinan apa yang dikatakan Perang Dunia Ketiga (WWW III) kononnya yang dijangka bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.
Apabila berlakunya peperangan, saham sudah diibaratkan seperti “sampah dunia” yang perlu dibuang dan dibersihkan. Tiada masa dan keperluan untuk melayan pasaran saham jika berlakunya peperangan. Inilah kebimbangan yang telah berlaku sehingga menyebabkan penjualan panik dikalangan pelabur saham adalah kerana apabila US sudah meniupkan “semboyan awal” untuk melakukan tindakan ketenteraan dan menggempur Syria atas nama keamanan, keadilan dan hak asasi manusia yang kononnya seringkali diperjuangkan oleh polis dunia ini iaitu “Amerika”
Indeks turun sebanyak 1.72% pada 1,671.91 mata sekitar 118GMT, yang menyebabkan dua bank terbesar di Malaysia Maybank dan CIMB terkesan sama.
  • Saham Maybank susut 1.83 peratus.
  • Saham CIMB susut 3.12 peratus.
US jatuh, EU naik emas naik, ini hanya boleh dikatakan sebagai sentimen sahaja. Belum menjadi realiti. Ia hanya boleh dipastikan apabila mendapat ucapan Barrack Obama melalui tentatif ucapannya kelak. Apa sudah pasti, pasaran akan menjadi carca merba tanpa trend, dan apabila ada trend barulah kembali ke asal permainan dan rancak semula..

0 comments: