Anggota APMM Ditemui Selamat
PUTRAJAYA - Dua anggota APMM yang hilang di Perairan Tok Bali, Kelantan ditemui selamat kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Mereka ditemui bersama dua nelayan Vietnam yang ditahan lebih 30 baru nautika dari lokasi mereka menahan bot nelayan Vietnam, Sabtu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kedua-dua mereka dan nelayan Vietnam berada dalam keadaan selamat dan dijangka tiba di Tok Bali dalam tempoh satu jam lagi.
"Gerakan mencari sudah dimulakan sejak Ahad lalu selepas mereka dimaklumkan hilang.
"Namun, ia agak sukar berikutan peralatan komunikasi bot dan bot terbabit rosak menyebabkan ia hanyut hingga ke perairan Malaysia-Vietnam," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
0 comments: